IQNA

Gelaran jenayah yang menjadikan seseorang layak masuk neraka

5:37 - August 15, 2022
Berita ID: 3101374
TEHRAN (IQNA) - Muhammad Ali Ansari, semasa mengulas ayat-ayat Surah «ق» (Qaf), menunjukkan enam gelaran jenayah yang dinyatakan dalam Surah ini dan menjadikan seseorang itu layak dihukum di neraka.

Laporan IQNA; Muhammad Ali Ansari, pengulas Al-Quran, membincangkan Surah Qaf di sesi dalam talian tafsiran Al-Quran, ringkasan yang boleh anda baca di bawah;

Allah menerangkan semua peringkat tempat yang dilalui manusia dalam surah ini.

Bermula dengan dunia dan masalah kematian, dan kemudian melalui alam yang dipanggil Barzakh atau alam kubur, lalu menjelaskan kemasukan ke hari kiamat dan kualiti kehadiran di hari kiamat. Dalam ayat berikutnya, Allah swt berfirman:

وَقَالَ قَرِينُهُ هَذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ

"Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)". (Qs, Qaaf 50:23).

Pada masa ini mahkamah peradilan hari kiamat berdiri, keseluruhan fail kes dan rekod tindakan setiap diri manusia dibentangkan tanpa sebarang masalah dan bersedia untuk mengeluarkan putusan, dan Tuhan Yang Maha Esa mengeluarkan putusan. Dalam dakwaan ini, terdapat enam gelaran jenayah yang mewujudkan hak ke neraka bagi manusia penjenayah.

Gelaran pertamanya ialah Kaffarin:

أَلْقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ

"(Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya". (Qs, Qaaf 50:24).

«كَفَّارٍ» "Kaffarin" - bermaksud mereka yang berada di puncak kekufuran dan semua jenis kekufuran telah dilakukannya.

Gelaran kedua ialah: «عَنِيدٍ» "Aniid” sebagai sifat kekafiran yang bermaksud degil, kadang-kadang kekufuran itu timbul daripada sifat keras kepala dan permusuhan, iaitu sekalipun dia melihat kebenaran, dia tetap tidak menerimanya.

Gelaran ketiga ialah: «مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ» “manain lil-khair” :

مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ مُرِيبٍ

"Yang sering menghalangi kebajikan, melanggar hukum agama, lagi meragukan kebenaran". (Qs, Qaaf 50:25).

«مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ» “manain lil-khair” bermaksud orang yang banyak mencegah kebaikan.

Dua contoh "manain lil-khair" sepanjang sejarah; Sejak hari pertama kedatangan Islam, mereka adalah golongan yang menghalang manusia daripada mendapat iman Islami dan menggunakan segala kuasa, harta dan tipu daya untuk menghalang manusia daripada memasuki agama Islam.

Sepanjang sejarah kaedah ini berterusan, pada zaman kita; berapa banyak yang dibelanjakan setiap hari supaya orang tidak datang merujuk ke ajaran Islam di peringkat masyarakat manusia?! ini cara pertama, cara kedua, sekiranya manusia menjadi Islam, halangan yang dibuat adalah menghalang mereka daripada mengamalkan kebenaran ajaran Islam, iaitu sekiranya seseorang itu beriman dan masuk Islam tetapi mereka dihalang untuk mengikut unsur ibadah dan syariah Islam.

Gelaran keempat ialah: «مُعْتَدٍ» - Mu'tadin - "Aggressor" yang bermaksud penceroboh; jenayah pelanggaran dan pencabulan hudud atau batasan hak.

Pelanggaran atau pencerobohan terhadap hudud apa?

Ada dua hadud: Pertama, hudud ilahi, kedua hudud hamba Allah atau had sesama manusia.

Contoh Melanggar hudud Allah swt; Tidak mengesakan Allah swt, mendustakan wahyu dan utusanNya...

Adapun contoh melanggar hudud manusia; melanggar hak asasi manusia, melanggar hak privasi umat beragama untuk menjalankan ajaran Agamanya...

Gelaran jenayah kelima ialah: «مُرِيبٍ» "Muriib":

«مُرِيبٍ» Muriib berasal dari kata; « ریب» 'Raib" yang bermaksud "keraguan" yang menjadikan seseorang munafiq.

Jika akar keraguan manusia adalah mencari kebenaran, ia dialu-alukan, dengan syarat ia membawa manusia kepada pencarian kebenaran.

Tetapi "Raib" adalah keraguan yang berkaitan dengan fitnah dan kemusnahan, sebagai sifat kemunafiqan bukan mencari kebenaran dan kesedaran.

Gelaran yang keenam ialah;  Musyrik:

الَّذِي جَعَلَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ...

"Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya". (Qs, Qaaf 50:26).


4077252

captcha