IQNA

Menyiasat tanda-tanda Perosak sosial

6:16 - August 16, 2022
Berita ID: 3101381
TEHRAN (IQNA) - Rasuah dan kemusnahan di mana-mana dan dalam apa jua bidang menyebabkan hilangnya prinsip dan peraturan. Sekarang, jika rasuah ini berlaku dalam masyarakat, ia akan menyebabkan kemusnahan hubungan peribadi, keluarga dan sosial serta berlakunya banyak jenayah, anomali dan kerosakan. Oleh itu, setiap masyarakat yang sihat berusaha menangani rasuah dan mencegah berlakunya kerosakan sosial.

Laporan IQNA; Rasuah dan koruptor - فساد و مفسد - Fasaad dan Mufsid - Kerosakan dan Perosak; mempunyai ciri-ciri istimewa yang mana kedua-dua konsep ini dianggap dalam setiap budaya mengikut nilai dan anti-nilai yang dimilikinya.

Memandangkan agama Islam bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang berkarakter Ilahi dan berkeadilan, ia cuba memaklumkan kepada masyarakat untuk memerangi pemikiran rosak tersebut dengan menjelaskan ciri-ciri dan dimensi rasuah atau pemikiran rosak.

Salah satu contoh dan simbol orang yang korup atau orang yang rosak moral yang disebut beberapa kali dalam Al-Quran adalah Firaun, yang memerintah Mesir semasa kenabian Musa (as).

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فىِ الْأَرْضِ وَ جَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائفَةً مِّنهْمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَ يَسْتَحْىِ نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كاَنَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

"Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan." (Qs, Al-Qasas 28:4).

Selain memperkenalkan Firaun, ayat ini juga menerangkan ciri-ciri orang yang rosak; Mencari kelebihan dan keangkuhan, memecahbelahkan dan mempolarisasi masyarakat, melemahkan sebahagian masyarakat dengan memiskinkan mereka atau meletakkan mereka di bawah tekanan dan menghalang kemajuan masyarakat adalah antara ciri-ciri orang yang korup dan rosak moral.

Firaun dan pemerintah yang sombong menggunakan strategi dan kaedah yang zalim ini, menjadikan rakyat lemah, untuk meneruskan kuasa mereka yang juga disebut dalam ayat 54 Surah Az-Zukhruf:

فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

"(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka."(Qs, Az-Zukhruf 43:54).

Perkara penting dalam ayat ini ialah cubaan melemahkan manusia dalam masyarakat sehingga perosakan dan kesesatan terjadi.

Kesesatan ini menggunakan simbol dan konsep yang indah yang memperdayakan manusia.

Sebagai contoh, hari ini, sesetengah pemerintah memajukan dasar penindasan mereka dengan menggunakan konsep seperti kebebasan atau perlindungan hak asasi manusia atau memerangi keganasan; Walaupun mereka menunjukkan diri mereka bersimpati kepada rakyat, tetapi fakta projek mereka menghalang kemajuan masyarakat dan memajukan kepentingan peribadi mereka sebelum memikirkan kepentingan rakyat dan masyarakat.

captcha