IQNA

Sunnah perbanyakkan amalan di bulan Syaaban

10:06 - March 09, 2022
Berita ID: 3100857
TEHRAN (IQNA) - SYAABAN adalah bulan yang sering dilupakan manusia kerana berada antara bulan haram Rejab dan bulan Ramadan. Walhal, Nabi S.A.W memperbanyakkan amalan di dalam bulan Syaaban, langkah menghampiri bulan Ramadan.

Daripada Usamah bin Zaid, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Syaaban.” 

Baginda bersabda yang bermaksud: 

“Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Tuhan semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa.”

[Riwayat al-Nasa’i (2317), dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522]

Al-Hafiz Ibn Rajab berkata: 

“Bulan Syaaban itu seakan seperti pembukaan bulan Ramadan, maka pada bulan tersebut digalakkan amalan-amalan yang disyariatkan pada bulan Ramadan, seperti puasa dan membaca al-Quran. Hal ini agar kita bersedia menyambut Ramadan dan jiwa menjadi terlatih dalam ketaatan kepada al-Rahman.” 

[Latha’if al-Ma‘arif, 258].

Memasuki bulan Syaaban ini, sama-sama kita memperindahkan ibadah puasa kita dan memperbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T sebagai persediaan kita dalam menghadapi bulan Ramadan. Selamat beramal.

Harakahdaily

captcha