IQNA

Prof Awani;

Tempat Al-Quran dalam kebijaksanaan ahli falsafah Muslim

6:36 - March 16, 2022
Berita ID: 3100881
TEHRAN (IQNA) - Suhrawardi adalah seorang ahli falsafah Muslim yang pandangan ketuhanan tentang kebijaksanaan / hikmah mempunyai tempat yang istimewa dalam sistem intelektualnya, dan kajian rasional tentang tema Al-Quran dapat dilihat dalam karya-karyanya.

Laporan IQNA; Ghulamreza Awani, profesor falsafah dan bekas Pengetua Persatuan Kebijaksanaan dan Falsafah Iran, memperkenalkan falsafah Isyraq - حکمة الاشراق - iluminasi - sebagai salah satu mazhab falsafah di dunia Islam pada Mesyuarat "Mengapa Suhrawardi?" di Tehran.

Dalam dunia Islam kita hanya mempunyai tiga atau empat mazhab falsafah, sama seperti di Greece (Yunani) kebanyakan mazhab mencapai ke Socrates, yang merangkumi mazhab Peripatetic (Masyaai - مشاء), mazhab Pencerahan (Isyraq - اشراق), dan mazhab kebijaksanaan Transenden - (Hikmatul Mutaaliah حکمة المتعالیة). Sudah tentu, jika mistisisme teori - عرفان نظری ditambah kepadanya, ia menjadi empat mazhab.

Untuk memahami kepentingan Suhrawardi, kita mesti mengambil kira tempoh hidupnya. Suhrawardi hidup sezaman dengan Ibn Rushd pada abad ke-12, dan empat puluh lima tahun sebelum beliau, al-Ghazali yang telah mengucilkan ahli falsafah dengan menulis buku seperti; «تهافت الفلاسفة»Tahafut al-Falasifah -Ketidaklogisan para filosof - dan al-Ghazali cenderung memperkenalkan Tasawuf sebagai jalan yang benar mencapai hakikat. Ibn Rushd menghidupkan Aristotle (Aristoteles) dan menentang Ibn Sina. Maka, dunia Barat mewarisi Ibn Rushd, dan penyebaran pemikiran Ibn Rushd menyebabkan agama dipisahkan daripada hikmah (Filsafah-Rasionalitas).

Diselamatkannya Filsafah dari had geografi

Maka, Suhrawardilah yang menyelamatkan falsafah daripada penguasaan Ghazali dan Ibn Rushd. Dia menghidupkan semula hikmah-kebijaksanaan. Aristotle percaya bahawa falsafah adalah milik Yunani, dan semua buku falsafah hari ini mengatakan perkara yang sama. Secara kebetulan, Suhrawardi telah mengemukakan satu teori yang penting dalam penulisan sejarah falsafah. Pada permulaan buku Kebijaksanaan Penerangan - hikmatul Isyraq, dia mengatakan bahawa sesiapa yang mencari kebenaran akan mendapat manfaat kebijaksanaan daripada "cahaya ilahi"- «نور الهی». Dia menolak teori Aristotle, dengan mengatakan bahawa sains tidak didedikasikan untuk satu orang, dan menutup pintu kerajaannya untuk orang lain. Suhrawardi juga percaya bahawa Tuhan adalah Jawad mutlak - Sumber kedermawanan - dan tidak kedekut untuk menahan ilmu daripada bangsa manapun.

Suhrawardi melihat falsafah dengan lebih mendalam. Pengikut Aristotle terlibat dalam falsafah penaakulan - فلسفه استدلالی - Falsafah Aqli - Hikmah perdebatan dalil rasional -, tetapi Suhrawardi percaya bahawa lebih tinggi daripada itu adalah kebijaksanaan yang diperolehi oleh penyucian jiwa dan zuhud, yang dikenali sebagai "kebijaksanaan rasa (intuisi / pengetahuan kehadiran «حکمت ذوقی (شهودی/علم حضوری)»)." Kebijaksanaan ini, seperti mistisisme - Irfani (عرفانی), yang menjelaskan ilmu pengetahuan melalui kesaksian fakta-fakta - intuisi fakta - علم شهود حقایق -.

Al-Quran dan Hujah

Pada pandangannya, manusia gagal memperoleh kebijaksanaan jika tidak memupuknya melalui pembersihan diri - Tazkiatunafs - dari segala kezaliman dan ketidak adilan, maksiat dan pelanggaran hidayah Ilahi. Dalam pemikiran popular hari ini, pemahaman tentang dunia adalah berdasarkan ciri-ciri fizikal - Jisim bendawi-, manakala menurut Suhrawardi, ciri-ciri fizikal tidak cukup untuk menentukan apa makna yang sebenar nya, dan ini berkaitan dengan alam malakut.

Dia menerangkan bagaimana manusia terperangkap dalam buangan dan bagaimana dia boleh diselamatkan melalui kebijaksanaan dan pengetahuan Ilahi. Kita mesti diselamatkan daripada buangan ini melalui kebijaksanaan dan kembali ke tanah air kita yang asal. Rasulullah SAW bersabda: «حب الوطن من الایمان» "Cinta Tanah air adalah dari iman."

Satu lagi karya agung Suhrawardi ialah gabungan kebijaksanaan Al-Quran dan hujah / bukti. Suhrawardi menjelaskan segala-galanya dari sudut pandangan Hikmah dan kemudian menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai dalil / hujah.

Pada pandangan beliau, hikmah Al-Quran dan hujah tidak bertentangan, tetapi kedua-duanya adalah darjat hikmah yang tunggal.

Shahabuddin Suhrawardi hidup tahun (1154 - 1191), yang dikenali sebagai Syeikh Ishraq, berasal dari Zanjan dan salah seorang ahli falsafah terbesar dalam sejarah Iran, menghidupkan semula kebijaksanaan Khosravi di Iran kuno - Lebih tua dari falsahah Yunani.

Tema Al-Quran, falsafah, moral dan tasawuf fikih merupakan kandungan utama karya beliau (ra).
4035259

captcha