IQNA

Bahagian (2)

Adab Bersahur bulan Ramadan yang mulia

14:54 - April 15, 2022
Berita ID: 3100988
TEHRAN (IQNA) - Sahur adalah salah satu waktu istimewa apabila orang beriman mencari rezeki rohani dan keberkatan melalui doa mereka kepada Tuhan. Detik-detik istimewa di bulan Ramadan ini adalah dua kali ganda penting.

Laporan IQNA; Menurut riwayat, sesiapa yang bangun pada waktu sahur, jika dia berwuduk dan solat dua rakaat tanpa bercakap dengan sesiapa pun, dua barisan malaikat akan berdiri di belakangnya untuk solat.

Disunnahkan bagi orang yang hendak berpuasa untuk bangun sahur dan memakan sesuatu walaupun hanya kurma. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda yang bermaksud: "Sahar (makan pada waktu sahur) adalah nikmat makan." Dalam hadis lain, dipetik yang bermaksud: "Jangan sekali-kali umatku meninggalkan sahur, walaupun hanya sebiji kurma." Dan dalam hadis yang lain, beliau bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kamu bersahur walaupun seteguk air."

Baginda (SAW) juga bersabda yang bermaksud: "Kuatkan diri kamu untuk berpuasa dengan bersahur, dan kuatkan diri kamu untuk menghidupkan sahar dengan tidur di tengah hari."

Imam Sadiq (as) berkata: "Waktu yang paling baik untuk kamu berdo'a kepada Allah adalah pada waktu sahar, sebagaimana firman Allah:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

"Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)." (Qs, Adz-Dzaariyaat 51:18)

Ampunan ilahi diperolehi orang-orang beriman apabila mereka memohon keampunan pada waktu sahar. Dalam wasiatnya, Nabi (SAW) bersabda kepada seyyidina Ali (as) yang bermaksud : "Wahai Ali, solatlah sebentar di malam hari, walaupun jumlahnya seukuran memerah susu kambing, dan berdoalah pada waktu sahur ketika doa akan dikabulkan, sebagai Tuhan berfirman:

وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ

"...dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur." (Qs, A-li'Imraan 3:17)

Doa yang paling utama di waktu sahur bulan Ramadan

Menurut sebuah riwayat: "Setiap malam, pada waktu sahur, yang dekat dengan matahari terbit, pintu-pintu syurga dibuka dan angin rahmat bertiup".

Untuk sahur malam-malam Ramadan, banyak doa yang diterima daripada Maksumin (as), salah satu yang paling utama adalah doa "Abu Hamza Thumali - الدعاء ابو حمزه الثمالی" yang diriwayatkan dari Al-Imam Zein-ul-Abidin (as).

Juga, doa yang dikenali sebagai doa "Sariul-ijabah - سریع‌الاجابه - doa yang cepat diqabulkan- yang telah diriwayatkan daripada Al-Imam Al-Baqir (as) dan dianggap sebagai salah satu khazanah ilmu Allah (SWT).

Keutamaan solat sunat malam juga ditekankan pada waktu sahur malam-malam bulan Ramadan, dan dinyatakan dalam riwayat-riwayat bahawa sepatutnya tidak ditinggalkan solat sunat malam pada malam-malam bulan Ramadan.

Lebih baik solat ini dibuat pada sepertiga malam terakhir dan ia 2 rakaat dalam beberapa riwayat, juga diriwayatkan bahawa solat sunat malam itu 11 rakaat yang dibuat 5 kali dua rakaat-dua rakaat yang diakhiri satu rakaat (solat witir).

Sumber: - Kanzul Maram fi 'amal syahri siyam -كنز المرام في اعمال شهر الصيام- 

* Adalah tajuk buku mengenai perkara amalan, ibadah dan doa-doa di bulan Ramadan yang disusun oleh Seyyid Mohammad Faqih Ahmadabadi (1919-1959) di bawah penyeliaan saintifik Ayatullah Seyyid Mohammad Baqir Mowahid Abtahi Isfahani.

3895727

captcha