IQNA

Jangan gunakan gabungan kata "Nabi Islam" pengganti "Rasulullah, secara salah!

19:03 - May 25, 2023
Berita ID: 3102634
TEHRAN (IQNA) – Apabila kita menggunakan perkataan «رسول» "Rasul" kita bermaksud utusan atau wakil. Dalam utusan ini, yang penting dari siapa dia datang, bukan apa yang dia bawa. Kepentingan ini adalah kerana kesucian Rasul yang diutuskan ke bumi oleh Allah SWT.

Hujjatul-Islam wal-Muslimin, Rasul Jafarian (رسول جعفریان), dalam satu catatan, menyatakan beberapa perkara tentang tafsiran "Nabi Islam". Anda boleh membaca teks nota ini di bawah:

Bertahun-tahun yang lalu, ketika saya melawat salah seorang guru saya yang dihormati, Ayatullah Haji Syed Muhammad Ali Ruzati (آیت‌ الله حاج سید محمد علی روضاتی) (1308-1391), saya mendengar daripada beliau bahawa mendiang Amiri Firuzkuhi (مرحوم امیری فیروزکوهی), seorang penyair dan cendekiawan Iran yang terkenal, menulis artikel tentang ketidaktepatan ungkapan istilah frasa; “Nabi Islam” sebagai penggati frasa suci; "Rasulullah - Utusan Allah" dalam majalah Fakulti Teologi Mashhad; [Jurnal Mashhad Fakulti Teologi, No. 14 (1354), hlm. 215-218]

Apabila mendengan frasa ini “Nabi Islam”; sebagai tafsiran yang tidak tepat, salah dan palsu adalah pelik bagi saya pada mulanya, tetapi terutamanya selepas membaca artikel itu, saya menyedari bahawa penyair yang terpelajar dan guru yang dihormati oleh saya adalah beliau betul. 

Beliau menegaskan bahawa kata-kata Allahyarham Amiri adalah benar dan kita tidak seharusnya menggunakan tafsiran ini, yang sangat salah dan dibuat oleh tangan-tangan Orientalis (cendekiawan Islam Barat).

Malangnya, kita telah melihat bahawa kecuaian kita sangat luas sehingga ramai pengarang kita telah menggunakannya dalam tajuk buku mereka. Di samping itu, kami telah menyaksikan selama bertahun-tahun bahawa kombinasi yang tidak betul ini digunakan dalam kebanyakan teks yang dibaca di media atau dimasukkan ke dalam akhbar. Sedangkan kesucian sabda Rasulullah (SAW) sangat jelas dan ketidaktepatan tafsiran terhadap sebutan frasa "Nabi Islam" sebagai nama panggilan untuk baginda Rasulullah Muhammad (SAW) dapat difahami dengan sedikit perhatian dan ketelitian.

Semasa mempelajari karya-karya Islam, saya menyedari bahawa yang selalu digunakan di kalangan umat Islam dan dalam nas-nas suci Al-Quran, Hadis, dan lain-lain adalah ungkapan رسول الله "Rasul Allah", bukan "Rasul al-Islam" atau "Nabi Islam", yang tidak mempunyai makna utusan Tuhan yang maha esa; Tuhan seluruh alam dan seluruh agama. 

Malah pada hari ini, dalam budaya Islam yang bukan berbahasa Parsi, khususnya dalam bahasa Arab, tidak ada yang menggunakan ungkapan "Rasul-ul-Islam". 

Ada kemungkinan tafsiran palsu ini digunakan dalam karya Marxis Arab atau sekular anti-agama, dan jelas pembaca Arab, melihat ungkapan "Rasul ul-Islam", memahami bahawa penulis tidak percaya kepada Tuhan - Allah dan kenabian Ilahi - utusan Tuhan

Apa yang perlu kita perhatikan tentang perkara ini ialah apabila kita menggunakan perkataan Rasul - رسول , kita bermaksud utusan atau  wakil. Dalam utusan ini, yang penting dari siapa dia datang, bukan apa yang dia bawa. Kepentingan ini adalah kerana kesucian Rasul yang diutuskan ke bumi oleh Allah SWT. Tuhan sentiasa bergantung pada aspek ini dalam Al-Quran, dan inilah sebab mengapa tafsiran Rasulullah digunakan dalam teks-teks suci. 

Dalam Al-Quran, kita hanya ada tafsiran dari frasa; "Rasulullah" رسول الله "Rasul Allah" - utusan Allah, dan malangnya, dalam beberapa tulisan, kita melihat bahawa tafsiran Al-Quran ini telah ditinggalkan dan digantikan dengan tafsiran yang asing.

Jika kita mengenepikan arahan ketuhanan misi dengan mencipta istilah "Nabi Islam", kita telah mendekati matlamat yang sama seperti yang dilakukan oleh Orientalis dalam memalsukan dan menggunakan istilah ini. 

Mereka tidak percaya bahawa baginda Muhammad (SAW) datang dari Tuhan, tetapi mereka tidak mempunyai masalah dengan fakta bahawa Muhammad membawa Islam kepada orang ramai, dan ini tidak bercanggah dengan kepercayaan bukan agama atau anti-agama mereka. 

Oleh itu, mereka dengan mudah menjadikan perkataan "Nabi Islam" sebagai ganti "Nabi Allah" atau Rasulullah  (SAW).

Sudah tentu, kita menerima bahawa apabila seorang Muslim Iran menggunakan perkataan Nabi Islam, dia tidak berniat untuk menafikan sisi itu, iaitu aspek ketuhanan dalam misi ini. Tetapi perkara ini adalah berdasarkan kebiasaan, bukan yang sampai kepada aspek ketuhanan agama berdasarkan tafsiran ini.

Saya mengesyaki bahawa ketidakpedulian ini telah menjadi perkara biasa sejak zaman penterjemah buku asing dan karya ulama bukan Islam mula menterjemah dan memetik buku umat Islam tanpa perhatian dan ketepatan serta memasukkan tulisan, perkataan, kepercayaan dan idea mereka dalam frasa dan ayat terjemahan mereka.

captcha